Cawangan Kuda UMNO di UUM (0)

8:00 PM by , under

Assalamualaikum...
Sekadar mencentuskan rasa tidak seberapa. Bukan membangkit isu lama, baru atau memanaskan situasi tetapi sekadar ingin mempersoal kenapa?. Maaf jika terkasar bahasa, atau terkurang ajar, tetapi terdapat beberapa ekor kuda UMNO di dalam UUM ini. Mungkin cawangannya. Maaf sekali lagi jika terkasar. Kenapa saya menyatakan demikian, pada 21 mac 2009 segerombolan kuda-kuda UMNO cawangan UUM telah pergi ke PWTC menyertai program anjuran Kelab Alumni UMNO. Antara yang terlibat adalah beberap orang ahli MPP dan yang meluluskan program ini serta merta adalah Yang Teramat Bersungguh-sungguh En. Shahidan Shafie seorang daripada penyelaras MPP UUM.
Saya tiadalah cemburu atau nak menghina, kenapa program yang begini begitu bersungguh-sungguh? Sedangkan apabila diminta untuk ke SIDANA baru-baru ini bermacam-macam alasan diberikan, dengan alasan tak dapat jemputan atau tidak mengetahui apa-apa mengenai SIDANA. Wahai SU Agung MPP UUM, Saya rasa kamu bukanlah kurang cerdik sangat apabila surat jemputan SIDANA dari UM tersemat kemas di dalam Fail kamu di kabinet kaca di bilik MPP.
Wahai HEP UUM, kamu di antara kuda-kuda UMNO yang bercawangan di sini kah? Andai kata kamu telus, bolehkah kamu jamin yang kami akan dapat sebuah bas untuk menghadiri Muktamar PAS atau Kongres PKR di masa akan datang? Dengan kadar sepertimana kamu berikan kepada segerombolan yang ke PWTC baru-baru ini? Boleh?
Kamu begitu sibuk mengenakan AUKU kepada pelajar-pelajar yang menegakkan hak mereka di dalam kampus UUM yang tercinta ini untuk rakan-rakan mereka, tetapi bagaimana mereka yang pergi ke program anjuran sebuah parti politik? Tak salahkah itu? adakah kerana nama parti itu UMNO, maka dibolehkan, begitu?! dan berapa buah bas lagi yang akan kamu sediakan untuk ke pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Perak dan Kedah nanti? Jangan fikir kamu berjaya sembunyikan perkara ini.
Sedarlah, kemudahan yang ada ini adalah kemudahan bersama. Kemudahan untuk mahasiswa/wi UUM menjalankan aktiviti mereka. Begitu susah untuk mendapatkan bas untuk aktiviti mereka, tetapi terlalu mudah untuk aktiviti berkepentingan pihak-pihak tertentu yang Korup seperti kamu wahai HEP UUM. Amat memalukan. Kenapa kamu jadi manusia yang begitu?! Kenapa? Ingatlah, api neraka sedang menanti kamu dengan penuh membara dan semangat perjuangan kami tak akan pernah padam dengan air liur gertakan UK-UK kamu dan konco-konco kamu di UUM ini. Ingat itu!!!



edit post

Perhatian Kepada Ahli-Ahli GMIUUM (0)

12:56 AM by , under


Mac 22 ; Satu pertandingan merekacipta logo Gerakan Mahasiswa Islam Univ.Utara Malaysia telah dibuka. Jesteru kami di pihak editor mengalu-alukan penyertaan anda. Syarat-Syarat adalah seperti berikut :


1. Warna Tema adalah gabungan warna Coklat.
(Contoh Seperti warna Logo Asal di atas)

2. Originaliti dan Non Partisan
Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dihantar ke emel kami ultra957@yahoo.com.my



edit post

Gerakan Mahasiswa Islam UUM (GMIUUM) (0)

1:25 PM by , under

Pendahaluan :

Gerakan Mahasiswa Islam UUM (GMIUUM) di tubuhkan diatas rasa kesedaran untuk menggabungkan jemaah-jemaah mahupun Gerakan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia dalam konsep perjuangan menyebarkan syiar Islam, mempraktikkan kehidupan Islam didalam diri Mahasiswa/i Universiti ini dalam konteks pembangunan Sahsiah dan keintelektualan pemangkin negara pada masa hadapan.


Objektif Penubuhan :

Dewasa kini, kebanyakan ummah pada masa sekarang hanya mampu mengajak manusia kearah kebaikan, tetapi melupakan satu lagi perintah Allah SWT untuk mencegah kemungkaran. Sehubungan dengan itu antara objektif penubuhan GMI UUM adalah :


I. Konteks Pembangunan Rohani

“Amal Makruf wa Nahi Mungkar” iaitu dalam konteks mahasiswa kini mengajak manusia ke arah kebaikan, menjauhi manusia dari kemungkaran.


II. Konteks Akademik

Berusaha memastikan keseimbangan ilmu Ukhrawi dan Duniawi, dengan harapan mahasiswa universiti ini bukan sahaja cemerlang dalam konteks akademik duniawi yang diturunkan oleh Allah SWT, malah mampu juga mendalami dan mempelajari ilmu Ukhrawi iaitu ilmu Al Quran & Hadith


III. Konteks kebajikan Mahasiswa

Sebagaimana yang diketahui, kebajikan mahasiswa juga perlu dititik beratkan. Kebajikan bukan sahaja tertumpu kepada aspek fizikal semata-mata, malah ia juga tertumpu kepada aspek pembangunan sahsiah & jatidiri mahasiswa. Bagi konteks keadilan suara mahasiswa juga akan ditekankan dalam gerakan ini untuk memastikan suara mahasiswa UUM ini dibawa untuk diperjelaskan kepada pihak atasan, Kerajaan mahupun masyarakat di negara ini. Tujuannya bukanlah untuk menentang dasar-dasar yang ditetapkan, tetapi sebagai satu suara bagi memastikan mahasiswa yang dikatakan pewaris kepimpinan pada masa hadapan ini tidak terus lesu dan mengabaikan isu-isu semasa kampus, masyarakat mahupun isu global.





edit post