Mencipta kerangka baru pergerakan GAMIS (0)

1:38 PM by , under

Dipetik dari laman Mahasiswakini
Pendahuluan

Sebagaimana yang diketahui umum, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menjadi teras dan nadi bagi gerakan mahasiswa di Malaysia ini sejak lebih sedekad yang lepas. Dalam keadaan penubuhan front yang pelbagai baik di peringkat kampus mahupun nasional, GAMIS masih merupakan peneraju & penggerak bagi setiap front tersebut.

Hakikat ini secara asasnya telah pun diakui oleh sebilangan besar aktivis-aktivis mahasiswa secara keseluruhannya tatkala melihat GAMIS tidak pernah gagal dalam melahirkan penggerak & pelapis bagi setiap generasi.Dan kerana itu jugalah, GAMIS tidak pernah teragak-agak untuk melakukan transformasi perubahan dalam pola gerakan yang dipacu, sesuai dengan situasi & keadaan semasa. Lantas, pendaftaran GAMIS sebagai NGO yang berdaftar dibawah Ikatan Amanah telah menjadi satu titik tolak sebenarnya kepada perubahan yang ingin direncana, walaupun pada peringkat awalnya ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Oleh yang demikian, untuk membuat halatuju baru dalam gerakan mahasiswa, ianya perlu bermula di peringkat GAMIS sendiri. Sejarah telah membuktikan, seandainya GAMIS beraksi secara agresif & berani dalam memacu gerakan, maka rakan-rakan aktivis dalam front-front mahasiswa yang lain akan ikut sama laju & agresif dalam membawa gerakan. Justeru, suatu halatuju gerakan baru perlu dirangka supaya GAMIS akan terus relevan untuk memacu gerakan mahasiswa di Malaysia.

Transformasi Dalam Memacu Gerakan Mahasiswa Islam
Dalam 5 tahun kebelakangan ini, penulis melihat bahawa halatuju GAMIS dalam membawa gerakan telah terikut-ikut dengan teori media yang agak berlebihan & tidak memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat awam & masyarakat kampus sendiri.Penulis tidaklah menafikan kelebihan yang boleh kita peroleh melalui manipulasi media, cuma situasi ini secara sedar atau tidak telah mengheret gerakan mahasiswa kepada suatu kancah yang mudah dan hilang taringnya sedikit demi sedikit.

Masakan tidak apabila suatu event di peringkat gerakan masih dianggap berjaya dengan partisipasi 7 ke 8 orang dengan syarat, media banyak yang hadir untuk membuat liputan!
Penulis secara asasnya bersetuju dengan peranan media dalam konteks membawa gerakan, tetapi tidaklah meninggalkan mekanisme didikan secara melata & mobilasi besar yang konsisten dalam mengekalkan ruh gerakan yang sebenar.

Tidak sekadar itu, pendekatan yang diambil oleh mahasiswa dalam membawa gerakan juga lebih banyak terikut-ikut dengan artis yang lebih bertujuan untuk meraih populariti berbanding melagangkan idealisme dalam kerangka yang intelek.Lebih memburukkan keadaan apabila suatu gerakan yang sepatutnya bersifat kolektif hanya mendapat partisipasi kampus secara terpilih & berkelompok sahaja, tidak bersifat menyeluruh & melata di segenap sisi, baik di seluruh Semenanjung, mahupun Sabah & Sarawak sendiri.

Bagi penulis hal ini ialah suatu yang tidak sihat bagi gerakan GAMIS, kerana dengan kapasiti ahli yang ramai, maka sudah tentunya keterlibatan yang bersifat menyeluruh dengan kefahaman pada tahap optimum diperlukan oleh seluruh ahli gerakan GAMIS sendiri dalam mencanai gerakan yang lebih menyengat. Mudah kata, apa yang difahami, difikir, & diolah oleh sang presiden, begitulah juga yang difahami oleh ahli kebanyakan di seluruh pelusuk kampus.

Tidak berhenti setakat itu, kondisi GAMIS sendiri yang memilih stail gerakan yang telah diisi kelompangannya oleh kelompok lain telah menyebabkan gerakannya walaupun hebat di peringkat mahasiswa semasa, tapi masih gagal dalam mempengaruhi masyarakat dalam konteks yang lebih besar. Sebagai contoh, keberjayaan GAMIS menghimpunkan seramai 3000-4000 mahasiswa sewaktu perhimpunan membantah serangan Israel tempoh hari sudah merupakan suatu mobilasi yang hebat di peringkat mahasiswa pada period ini. Namun, harus diingat bahawa gerakan GAMIS bukan untuk mahasiswa sahaja, bahkan untuk rakyat keseluruhan.

Justeru, walaupun mobilasi tersebut kelihatan gah di peringkat mahasiswa, namun di peringkat masyarakat yang lebih besar, ianya ibarat butiran pasir di dalam timbunan bukit; jauh keberhasilannya, bahkan tidak meninggalkan impak dalam masyarakat. Hal ini kerana masyarakat pada hari ini sudah biasa dengan mobilasi ke medan lapangan demonstrasi. Bahkan sekadar untuk mencapai jumlah 100,000 orang pun, sudah merupakan perkara yang biasa.

Oleh yang demikian, GAMIS kena berubah dalam mengambil sisi perjuangan yang tidak lagi diisi oleh mana-mana pihak. Kalaupun sukar untuk menganalisis, GAMIS boleh memilih untuk memperhebatkan lagi gerakan yang masih tidak sempurna.Sebagai contoh, gerakan dakwah di Malaysia. Sehingga kini, belum ada lagi mana-mana gerakan mahasiswa yang mengambil sisi islah ini secara agresif dalam merubah masyarakat. Mungkin ada, tapi kebanyakannya lebih bersifat bermusim & ’suam-suam kuku’. Atau contoh yang lain ialah, memperjuangkan supaya selatan Thai ‘dipulangkan’ kembali kepada Malaysia, kerana tanah itu pada suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada Darul Islam yang hebat di Tanah Melayu Mungkin agak gila idea yang penulis lontarkan, namun itulah satu lontaran yang bersifat tersendiri bagi pengamatan penulis dalam konteks gerakan semasa. Bahkan, GAMIS melalui gerakan yang ‘lain dari yang lain’ seperti ini pastinya tidak perlu terhegeh-hegeh untuk mendapatkan publisiti media, bahkan medialah yang akan mencari GAMIS untuk mengetahui perkembangan gerakan yang unik ini.

Institut Pemikiran Umar al-Khattab & Institut Pemikiran Mus’ab bin Umair
Secara umumnya dua institut ini merupakan perkara yang sangat baru & sangat menarik pada pengamatan penulis terhadap survival gerakan mahasiswa yang diterajui oleh GAMIS dalam dekad-dekad yang akan datang. Masakan tidak apabila kedua-dua institut ini di sediakan khusus dalam menyediakan figure pelapis yang cukup kompeten untuk memimpin Malaysia & ‘hujjatul Islam’ yang berwibawa pada masa hadapan.

Namun ada beberapa hal yang perlu dicermati oleh seluruh kader-kader Islam dalam GAMIS sendiri. Pertamanya, pembinaan future leader dalam Institut ‘Umar Al-Khatab hendaklah tidak hanya terbatas dalam proses untuk membina kepimpinan yang bersifat lokal semata-mata sebagaimana yang diusahakan oleh Akademi Pemuda Umno .Tuntasnya, GAMIS pada jangka masa panjang sudah sewajarnya untuk memikirkan kelahiran kepimpinan yang mampu menakluk dunia. Ya, memang bukan suatu perkara yang mudah. Akan tetapi, ianya bukan juga perkara yang mustahil.

Jika seandainya golongan yahudi yang dibenci oleh hampir keseluruhan umat dunia pun mempunyai perancangan yang cukup rapi dalam menyediakan kepimpinan yang boleh ‘memegang’ dunia, maka sudah pastilah pada pandangan penulis Institut Pemikiran ‘Umar Al-Khattab perlu direncanakan sehingga ke tahap itu.

Institut Pemikiran Mus’ab bin Umair juga perlu dihalakan lebih jauh daripada sepatutnya. Dengan aim untuk melahirkan pendakwah sehebat Sheikh Ahmad Deedat, GAMIS sudah sewajarnya mampu mengisi kelompangan kefahaman Islam dikalangan warga rakyat pada masa hadapan.

Justeru pada pengamatan penulis, training yang diberikan dalam institut ini tidak cukup seandainya diberikan dari sudut ilmu penghujahan semata-mata. Akan tetapi keberanian & kekuatan jiwa sang mujahid Islam perlu dipasakkan agar mereka kelak mampu lahir sehebat Mus’ab Ibn Umair.

Kita tidak mahu lagi selepas ini hendaknya, pendakwah-pendakwah yang keluar tidak mampu menjadi benteng dalam mempertahankan hujah-hujah Islam disebabkan kecilnya jiwa & kurangnya keberanian dalam berhujah. Lebih bijak pada pengamatan penulis sekiranya pendakwah-pendakwah masa hadapan ini dibekalkan dengan kefasihan bahasa yang pelbagai.

GAMIS & Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
GAMIS telah menganggotai SMM sejak badan koalasi itu ditubuhkan lagi. Bahkan tokoh-tokoh yang memimpin SMM keseluruhannnya datang dari kader GAMIS sendiri. Antaranya ialah Khairol Anuar Mat Zuki, Muhd Ramadhan Fitri Elias, Rifa’uddin, Mohd Nazree Mohd Yunus, Sheikh Umar Bagharib, dan yang terkini Muhammad Haafizuddin Abirerah.

Namun mutakhir ini, keterlibatan GAMIS pada pandangan penulis sekadar keterlibatan individu, bukan keterlibatan organisasi gerakan secara keseluruhannya. Kerana itulah kita lihat tiada lagi kesepaduan antara front-front mahasiswa lain terhadap isu bersama yang ingin dibawa. Kebanyakannya lebih bersifat sendiri-sendiri. Kerana itu jugalah penulis berpendapat bahawa SMM perlu diberi nafas baru dengan gerakan yang lebih tersusun & kemas. GAMIS perlu proaktif dalam hal ini. Bukanlah suatu yang sihat apabila GAMIS berpendirian bahawa batang tubuh GAMIS boleh melakukan semua hal yang berkaitan aktivisme mahasiswa.

Kesepakatan dengan front-front mahasiswa lainnya perlu diperkemaskan semula. Suatu penjelasan sikap perlu dilakukan anatara GAMIS & seluruh front-front yang bernaung di bawah SMM. Ketumbukan gerakan mahasiswa yang hebat hanya akan berjaya sekiranya GAMIS berjaya menyatukan seluruh gerakan mahasiswa pada satu fokus secara bersama. Dan lagi, gerakan SMM untuk jangka waktu hadapan juga sudah sampai tahap memperjuangkan model Malaysia yang sepatutnya dalam kerangka sekarang & akan datang. Sudah tiba masanya GAMIS & SMM turun ke seluruh pelosok lapangan dalam ‘menjual’ idealisme mereka itu sehingga menjadi fenomena yang bakal berhasil melahirkan Malaysia Baru dalam konteks kemahuan mahasiswa & anak muda lainnya.

Kesedaran perlu diperhebatkan. Penulis percaya, dengan ‘pencairan’ kefahaman yang optimum di semua peringkat, SMM mampu menjadi pioneer kepada perubahan bentuk model Malaysia di masa hadapan. Kalaupun peringkat pertama gerakan ini tidak berjaya mempengaruhi rakyat secara keseluruhannya, setidak-tidaknya kefahaman yang diusahakan benar-benar ‘cair’ dalam minda & fikrah seluruh mahasiswa di Malaysia.

Medannya, sudah pastinya dalam bentuk yang pelbagai. Namun aspek perdebatan & dialog pada pengamatan penulis merupakan medium kontemporari yang cukup absah dalam membawa kefahaman ini. Ajarlah seluruh mahasiswa untuk mencabar minda & akalnya supaya Gerakan Mahasiswa akan lebih gemilang pada pasca gelombang perubahan ini.
* Tajuk asal artikel di atas adalah Halatuju baru gerakan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS): Suatu Analisis dan Saranan.
^ Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Speaker GAMIS.

—————–



edit post

1:29 AM by , under


Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia



Editor dan seluruh ahli GMIUUM Utara Malaysia mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada ayahanda Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi diatas perlantikan semula sebagai naib Canselor Universiti Utara Malaysia sehingga 15 Jun 2010. Perlantikan Tan Sri bermula pada Jun 2005 menggantikan Allahyarham Prof. Dato 'Dr. Ahmad Fawzi Basri yang meninggal dunia kerana kompilasi jantung pada 23 Mei 2005. Kami mengharapkan dengan perlantikan semula ayahanda, ayahanda dapat memberikan khidmat cemerlang seterusnya memimpin Universiti ini kearah yang lebih baik dan cemerlang serta nama Universiti ini terkenal di mata dunia. Kami di barisan GMIUUM akan berusaha bagi menaikkan mobiliti sahsiah mahasiswa disamping menaikkan dan menjaga imej Universiti ini sebagai Universiti yang bukan sahaja melahirkan mahasiswa berketerampilan dari sudut akademik dan kepimpinan, malah berusaha bersama-sama warga kampus yang lain agar mahasiswa UUM ini mempunyai akidah, akhlak serta sahsiah terpuji. Insya Allah.


"Gerakan Mahasiswa Islam"



edit post

9:07 PM by , under


I made this widget at MyFlashFetish.com.



edit post

Adakah Malaysia sebuah negara yang melaksanakan peradaban dan pentadbiran mengikut perpekstif Islam.

Mengikut Artikel 11 Perlembagaan Malasia menyatakan ;

Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri. Sumber : wikipedia.org

Persoalannya, adakah pemimpin Kerajaan sedar mahupun tidak tentang pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Diruang ini, dinyatakan penyataan tugas yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin bagi sebuah Negara Islam yang dinyatakan oleh Imam Abu Yala al Fara.

1. Menjaga Agama melalui prinsip-prinsip yang disepakati oleh ulama terdahulu yang muktabar. sebarang keraguan terhadap prinsip utama tersebut perlu diperjelaskan dengan hujah-hujah yang jelas. Sebarang penyelewengan hendaklah dikekang walaupun terpaksa menggunakan undang-undang.

2. Melaksanakan Hukuman terhadap orang-orang yang bertelingkah dan menghentikan pertelingkahan mereka supaya tertegaknya keadilan.

3. Menjaga keselamatan kawasan yang dikuasai supaya rakyat berasa tenteram untuk hidup dan merasa selamat untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain.

4. Menegakkan hukuman HUDUD untuk mengelakan pencabulan terhadap hak-hak ALLAH masyarakat dan hak individu daripada kebinasaan dan kemusnahan.

5. Mengawal sebarang pemberontakan dengan persiapan yang jitu dan kekuatan yang hebat supaya tidak muncul permusuhan yang bertujuan untuk melakukan perkara yang dilarang mahupun melakukan perkarayang boleh menumpahkan darah rakyat sama ada Umat Islam atau bukan Islam.

6. JIHAD terhadap sesiapa yang memusuhi Islam walaupun dakwah telah dilakukan yang mana mereka tidak mahu memeluk agama Islam atau berdamai dengan umat Islam.

7. Menguruskan soal kewangan Islam seperti harta sedekah, zakat, cukai dan lain-lain.

8. Mengagihkan harta terhadap yang layak menerima.

9. Memastikan bahawa setiap individu yang dipikulkan tenggungjawab diberikan latihan secukup-cukupnya supaya mutu perkhidmatan mereka bertambah baik.

10. Terlibat secara langsung memerhatikan dan meneliti permasalahan perkara-perkara yang diurus olehnya dan tidak mempercayai secara seratus peratus laporan orang-orang bawahan kerana ditakuti terdapat laporan yang tidak tepat atau ia dikhianati.

Persoalan yang timbul disini, adakah pemimpin negara Malaysia sedar dan benar-benar menjadikan al-Quran dan Sunnah Baginda Muhammad sebagai panduan utama untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat mahupun negara. dalam keadaan wujudnya pelbagai tanggapan negatif yang ditimbulkan, mampukah pemimpin negara menangani isu nasional yang melibatkan bukan sahaja kestabilan politik, pembangunan sosioekonomi negara tetapi matlamt utama penyedaran rakyat tentang kepentingan syiar Islam dan akidah ummah.

Tanpa tampuk kepimpinan yang benar-benar mengaplikasikan tuntutan ALLAH SWT didalam Al Quran dan Rasul melalui kisah perjuangan dan Sunnah Beliau begitu juga dengan keperihatinan rakyat tidak kira Umat Islam atau Bukan Islam yang menjadukan akidah dan moraliti serta ditanamkan semangat patriotik didalam diri serta kepentingan Ilmu duniawi dan ukhrawi, mana mungkin Malaysia akan terus aman dan tenteram serta Malasyia diangakat sebagai sebuah Negara contoh yang benar-benar mengaplikasikan sumber Islam dalam pentadbiran negara ini.

Usman Al Affan
Setiausaha GMI UUM
Sesi 2009/2010
Universiti Utara Malaysia



edit post

1000 mahasiswa UUM akan turun berhimpun hari ini!!! (0)

7:24 PM by , under

9 April 2009. Mesyuarat Majlis Tertinggi GMIUUM telas memutuskan secara rasmi seramai tidak kurang 1000 orang mahasiswa akan turun berhimpun esok (hari ini) sebagai tindakan memprotes tindakan pihak pengurusan UUM menghantar wakil ke program anjuran kelab Alumni UMNO PWTC pada 21 mac 2009 yang lalu.

Menurut Setiausaha Agung GMIUUM, "kami sudah dapat senarai lengkap mahasiswa yang telah berdaftar untuk berhimpun esok, rata-rata daripada pelbagai kaum dan persatuan mahasiswa yang bersetuju untuk bergabung mengadakan perhimpunan itu". Ulas beliau.

Beliau juga ditanya adakah mereka tidak takut dengan tindakan Unit Keselamatan UUM yang akan bertindak ke atas perhimpunan mereka itu, sambil ketawa kecil beliau menjawab "Sepatutnya pihak keselamatan yang perlu menjaga keselamatan mereka jika mereka membuat kacau dalam perhimpunan itu dan pihak UUM yang patut merasa takut dengan api neraka kerana menyalah gunakan kemudahan untuk kepentingan politik mereka". Ujar beliau.

Sementara itu Ketua Perhubungan GMIUUM menyatakan seluruh jentera Perhimpunan Aman itu sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal menjelang. "Mereka nak sembur air, pemedih mata? rasanya semangat kami tak pernah kalis dengan semua itu. Kita tunggu dan lihat sahajalah esok". Ulas beliau sambil tersenyum.

Dalam mesyuarat itu juga turut dihadiri wakil daripada 5 pergerakkan mahasiswa yang lain yang akan turut serta dalam perhimpunan aman esok (hari ini). Masing-masing pegerakkan mahasiswa itu terdiri daripada Melayu, Cina, India dan juga pelajar Antarabangsa yang akan turut serta bersama-sama berhimpun menentang 'double standard' yang berlaku itu.

editor



edit post

Benarkah MPPUUM Mengalami Konflik Dalaman (0)

3:07 AM by , under

Meja Editor
Selasa 07 April ; Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia sesi 2008/2009 melahirkan rasa kecewa kepada sebilangan ahli perwakilan kerana tindakan mereka yang memboikot Mesyuarat Berkala ke-6 malam semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Hal Ehwal Pelajar UUM. Hal ini terjadi kerana beberapa orang MT dan ahli MPP UUM bersama-sama 40 orang mahasiswa UUM telah menyertai program anjuran kelab alumni UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2009.

Pihak Editor gmiuum.blogspot berkesempatan menemubual salah seorang ahli MPP yang memboikot Mesyuarat Berkala ke-6, antara kenyataan beliau tentang isu ini

“Ini jelas terbukti bahawa wujud double standart dalam pemilihan program berunsurkan politik. Hal ini jelas apabila program Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia( SIDANA’09) anjuran PMIUM baru-baru ini tidak dilayan dan samaada sengaja atau tidak untuk mengambil perhatian tentang program berkenaan, malah kami tidak dimaklumkan langsung tentang program ini.”

“Saya telah berhubung dengan salah seorang jawatankuasa pelaksana SIDANA’09 berkaitan dengan program berkenaan, dan beliau telah memberitahu kepada saya bahawa pihaknya telah mengahantar surat jemputan kepada kami, jadi saya telah memaklumkan kepada MT adakah mereka mengetahui tentang program berkenaan, mereka menyatakan bahawa mereka tidak tahu dan tidak menerima surat berkenaan, walhal apabila kami membuat penyisatan surat jemputan program terbabit tersimpan rapi di dalam Fail Setiausaha Agung MPPUUM, mengapa ini boleh terjadi”

Beliau melahirkan rasa kecewa dan menyatakan bahawa pihak MT mempunyai agenda politik dalam pemilihan program sekalipun program ini diberi alas an kononya program tersebut telah mendapat restu dari HEP UUM dan pihak KPT

“ Kami tidak akan mengahidiri mesyuarat berkala ke-6 sebagai tanda protes terhadap isu ini”

Pihak editor juga telah menerima maklumat yang diperolehi daripada seorang ahli MPPUUM yang menghadiri Mesyuarat berkenaan, beliau menyatakan kepada kami bahawa pihak MT MPPUUM melahirkan rasa kecewa diatas tindakan ahli perwakilan yang memboikot mesyuarat berkenaan sebagai tanda protes diatas isu berkenaan.

“Mereka cuba ingin berbincang dengan pihak yang berkenaan untuk mencari jalan keluar dari konflik yang berlaku”… “Apa yang pelik disini, pihak MT bertegas bahawa kelab alumni UMNO adalah badan NGO yang tidak berunsurkan politik” Ahli MPPUUM

Pihak editor telah mendapatkan respon pantas dari pihak yang berkenaan.

”Kalau betul kelab Alumni UMNO itu merupakan satu badan NGO, bagusla,,, selepas ini kita akan meminta kelab penyokong PAS atau pemuda PAS untuk menjalankan program, dan pihak Universiti perlu berlaku adil terhadap perkara ini” Ahli MPPUUM

”Ya.. ini memang satu point yang bagus, jika pihak DEMA, mereka dituduh menjadi sayap pemuda DAP, tapi kelab alumni UMNO hanya NGO yang tidak berdosa, ini bangsa barat mengutuk sebagai double speak” Ahli MPPUUM

Pihak editor juga telah mengajukan soalan sekiranya pihak MT ingin mengadakan perdebatan tentang isu ini, beliau menjawab

”Kita akan terima perdebatan isu ini sekiranya pihak MT bersedia berdebat secara terbuka” Katanya lagi



edit post

6 April 2009, Lajnah Informasi dan Penerbitan GMIUUM melaporkan kesudian 3 gerakan mahasiswa UUM untuk sama-sama mengadakan Perhimpunan Aman di PKP pada hari jumaat ini selepas solat jumaat. Gerakan-gerakan mahasiswa ini antara gerakan mahasiswa 'underground' yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa di UUM.
Gerakan-gerakan itu terdiri daripada gerakan mahasiswa Melayu, Cina dan India yang bersedia membantah apa sahaja bentuk kezaliman dan 'double standard' yang dilakukan oleh pihak universiti mahupun kerajaan. Menurut Ketua Perhubungan GMIUUM tak kurang daripada 300 pelajar daripada 3 gabungan ini akan turun berkumpul di PKP pada Jumaat ini dan setakat ini ahli-ahli GMIUUM yang telah berdaftar untuk perhimpunan pada jumaat ini telah mencecah angka 500 orang. "Maka jika semua ini berhimpun pada jumaat ini hampir 1000 orang akan memenuhi dataran PKP itu dan untuk berarak ke sekeliling kampus ini satu perkara yang menakjubkan yang akan berlaku pada hari berkenaan" Ulas beliau.
Manakala Setiausaha Agung GMIUUM menyatakan bahawa masih banyak gerakan mahasiswa ingin turut serta dalam perhimpunan aman itu dan mereka sangat di alu-alukan. "Kami menerima apa sahaja bentuk sokongan, malah kami turut menerima pihak UK UUM untuk berhimpun bersama jika En. Raju sudi benarkan". Ujar beliau sambil tertawa kecil.
Perhimpunan jumaat ini sebagai menunjuk ketidakpuasan hati terhadap pihak UUM yang menghantar rombongan sebanyak sebuah bas ke PWTC untuk anjuran sebuah parti politik yang mana rombongan ini terdiri daripada ahli MPPUUM sendiri dan beberapa isu lain lagi termasuk tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menghalang pengeluaran Suara KeAdilan dan Harakah selama 3 bulan pada 23 mac 2009 yang lalu. Sama-sama basmi kezaliman.
Takbir!!!!!



edit post

Perhatian kepada semua Ahli GMIUUM (0)

3:30 AM by , under

Assalamualaikum...
Bersempena penjenamaan semula Gerakan Mahasiswa Islam UUM (GMIUUM), Ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Syura GMIUUM akan mengadakan perhimpunan khas sempena penjenamaan semula gerakan ini pada :
Hari : Jumaat
Tarikh : 10 April
Jam : 3 petang (selepas solat jumaat)
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar UUM (PKP)
Kepada semua 515 orang ahli GMIUUM dijemput hadir untuk berjumpa dengan seluruh ahli Majlis Tertinggi GMIUUM serta jawatankuasanya yang lain.
Perhimpunan ini juga bertujuan untuk demontrasi secara aman mengenai tindakan HEP UUM yang menghantar rombongan seramai sebuah bas ke program sebuah parti politik iaitu UMNO pada 21 Mac 2009 lepas dan terbaru terdapat beberapa orang Pegawai kanan HEP ke Bukit Selambau untuk memberikan sokongan kepada calon UMNO di sana. Perhimpunan ini juga sebagai protes terhadap pendirian Kementerian Dalam Negeri penghalang pengeluaran Akhbar HARAKAH dan Suara KeAdilan pada 23 Mac 2009 selama 3 bulan. Kepada seluruh warga UUM yang turut sama untuk menyokong bolehlah turut sama hadir.
Marilah beramai-ramai menjayakan Perhimpunan ini. Bersama-sama hapuskan kezaliman!!!
Wassalam...



edit post