Bantahan GMIUUM terhadap Jawatankuasa Kabinet (0)

11:10 PM by , under

Gerakan Mahasiswa Islam Universiti Utara Malaysia berasa kesal dan tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet berhubung isu status agama dan penjagaan anak berikutan kes yang melibatkan Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu. itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya. Keputusan itu tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan sivil serta islam dan NGO Islam.


Keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

"Ini adalah satu ketetapan yang salah dan terburu-buru, dan ia merugikan ummah Islam itu sendiri, pihak kabinet sewajarnya berbincang dan bermesyuarah dengan badan-badan yang berautoriti seperti Jemaah ulama, mufti serta Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menangani isu seperti ini. " Ujar Syafiq Nordin, Presiden GMIUUM



edit post