Gerakan Mahasiswa Islam UUM (GMIUUM) (0)

1:25 PM by , under

Pendahaluan :

Gerakan Mahasiswa Islam UUM (GMIUUM) di tubuhkan diatas rasa kesedaran untuk menggabungkan jemaah-jemaah mahupun Gerakan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia dalam konsep perjuangan menyebarkan syiar Islam, mempraktikkan kehidupan Islam didalam diri Mahasiswa/i Universiti ini dalam konteks pembangunan Sahsiah dan keintelektualan pemangkin negara pada masa hadapan.


Objektif Penubuhan :

Dewasa kini, kebanyakan ummah pada masa sekarang hanya mampu mengajak manusia kearah kebaikan, tetapi melupakan satu lagi perintah Allah SWT untuk mencegah kemungkaran. Sehubungan dengan itu antara objektif penubuhan GMI UUM adalah :


I. Konteks Pembangunan Rohani

“Amal Makruf wa Nahi Mungkar” iaitu dalam konteks mahasiswa kini mengajak manusia ke arah kebaikan, menjauhi manusia dari kemungkaran.


II. Konteks Akademik

Berusaha memastikan keseimbangan ilmu Ukhrawi dan Duniawi, dengan harapan mahasiswa universiti ini bukan sahaja cemerlang dalam konteks akademik duniawi yang diturunkan oleh Allah SWT, malah mampu juga mendalami dan mempelajari ilmu Ukhrawi iaitu ilmu Al Quran & Hadith


III. Konteks kebajikan Mahasiswa

Sebagaimana yang diketahui, kebajikan mahasiswa juga perlu dititik beratkan. Kebajikan bukan sahaja tertumpu kepada aspek fizikal semata-mata, malah ia juga tertumpu kepada aspek pembangunan sahsiah & jatidiri mahasiswa. Bagi konteks keadilan suara mahasiswa juga akan ditekankan dalam gerakan ini untuk memastikan suara mahasiswa UUM ini dibawa untuk diperjelaskan kepada pihak atasan, Kerajaan mahupun masyarakat di negara ini. Tujuannya bukanlah untuk menentang dasar-dasar yang ditetapkan, tetapi sebagai satu suara bagi memastikan mahasiswa yang dikatakan pewaris kepimpinan pada masa hadapan ini tidak terus lesu dan mengabaikan isu-isu semasa kampus, masyarakat mahupun isu global.





edit post

0 Reply to "Gerakan Mahasiswa Islam UUM (GMIUUM)"

Post a Comment