Keutamaan & Kelebihan Membaca Al-Quran 1

8:08 AM by , under



Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.

Merupakan suatu kewajiban bagi seorang muslim untuk selalu berinteraksi aktif dengan Al Qur`an, dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi, berfikir dan bertindak. Membaca Al Qur`an merupakan langkah pertama dalam berinteraksi dengannya, dan untuk mengairahkan serta menghidupkan kembali kegairahan kita dalam membaca Al Qur`an, kami sampaikan beberapa keutamaan membaca Al Qur`an sebagai berikut :

1. Manusia yang terbaik

Dari `Utsman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian yaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.

Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.

3. Sebagai syafa`at di Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah Al Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.

4. Ladang pahala.

Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah e : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadits hasan shahih".

5. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota surga

Dari Muadz bin Anas , bahawa Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.



edit post

Fikrah Islam... (0)

8:01 AM by , under

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik, dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin.” [An-Nahl:125]

Hikmah dalam erti “mengenal golongan”:

Bila seorang pembawa da’wah sudah mengayunkan langkah, bermacam corak manusia yang akan dijumpainya. Dia akan berhadapan dengan fahaman-fahaman dan pegangan-pegangan tradisional yang sudah berurat dan berakar; dengan sesetengah orang yang mahu menolak tiap-tiap apa yang baru; dengan kegigihan orang yang ingin mempertahankan kedudukan pendapatnya, dan yang bimbang kalau-kalau apa-apa yang hendak disampaikan itu akan merugikannya; dengan kejahilan orang yang bodoh, yang reaksinya secara bodoh pula; dengan cerdik cendekiawan yang hanya mahu menerima sesuatu atas dasar hujjah dan keterangan-keterangan yang “nyata”; dengan orang-orang yang sangsi disebabkan oleh bemacam pendengaran-pendengaran atau pengetahuan-pengetahuan yang serba-serbi; dan sebagainya.

Tiap-tiap jenis itu harus dihadapi dengan cara yang sepadan dengan tingkat kecerdasan, sepadan dengan alam fikiran dan perasaan serta tabiat masing-masing. Ayat Al-Qur’an yang di atas mengandungi petunjuk-petunjuk pokok bagi Rasul dan para da’i, cara bagaimana menyampaikan da’wah kepada manusia yang berbagai jenis itu. Yakni:

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (An Nahl:125)

Syeikh Muhammad Abduh (dalam Tafsir al-Manar, juz III) menyimpulkan dari ayat Al Qur’an di atas, bahawa dalam garis besarnya, ummat yang dihadapi seseorang pembawa da’wah dapat dibahagi atas tiga golongan, yang masing-masingnya harus dihadapi dengan cara yang berbeza-beza pula:

a. Ada golongan cerdik-cendekiawan yang cinta kebenaran, dan dapat berfikir secara kritical, cepat dapat menangkap erti persoalan. Mereka ini harus dipanggil dengan “hikmah”: yakni dengan alasan-alasan, dengan dalil dan hujjah yang dapat diterima oleh kekuatan aqal mereka.

b. Ada golongan awam, orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritical dan mendalam, belum dapat menangkap pengertian-pengertian yang tinggi-tinggi. Mereka ini dipanggil dengan “mauidzatun-hasanah”, dengan anjuran dan didikan yang baik-baik, dengan ajaran-ajaran yang mudah difahami.

c. Ada golongan yang tingkat kecerdasannya di antara kedua golongan tersebut, belum dapat dicapai dengan “hikmah”, akan tetapi tidak akan sesuai pula bila dilayani seperti golongan awam; mereka suka membahas sesuatu, tetapi hanya dalam batas yang tertentu, tidak sanggup mendalam benar.

Mereka ini dipanggil dengan “mujadalah billati hiya ahsan”; yakni dengan bertukar fikiran, untuk mendorong supaya berfikir secara sihat, dengan satu dan lainnya dengan cara yang lebih baik.Demikianlah Syeikh Muhammad Abduh, kesemuanya dapat disimpulkan dalam kalimat:
“Berbicaralah kepada manusia menurut kadar aqal (kecerdasan) mereka masing-masing”

Hadith yang lengkap berbunyi:

“Kami diperintah supaya berbicara kepada manusia menurut kadar aqal (kecerdasan) mereka masing-masing” [Rowahu Muslim]

Ini tidaklah bererti bahawa menghadapi golongan awam selalu akan lebih mudah daripada menghadapi golongan cerdik-cendekiawan. Memang menghadapi cerdik-cendekiawan itu memerlukan ilmu yang agak luas dan mendalam. Akan tetapi seringkali mereka ini, dengan sekadar sindiran atau karenah saja sudah dapat menangkap apa yang dimaksudkan; dengan sedikit pancingan dan dorongan untuk berfikir, mereka dapat merintis jalan sendiri, dan akhirnya mencapai kebenaran.

Dan mereka akan terima kebenaran itu, apabila pada hujung jalan fikiran mereka itu tidak ada pula hawa nafsu yang menabiri(membentengi) antara mereka dengan kebenaran yang sudah kelihatan oleh mereka. Kepada golongan awam cukup dikemukakan bahan-bahan yang sederhana. Tak ada gunanya membawakan pemikiran-pemikiran yang tinggi-tinggi. Akan tetapi cara, kaifat menghidangkan sesuatu yang sulit dalam bentuk yang mudah, tidak dapat dikatakan suatu perkara yang “mudah.”

Demikianlah pula menghadapi golongan ketiga, yang dalam pembahagian golongan, sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Abduh itu, — letaknya “di antara” golongan cerdik cendekiawan dan golongan awam, dan harus dihadapi dengan “mujadalah billati hiya ahsan”, tidaklah selalu akan lebih mudah daripada menghadapi golongan pertama (cerdik pandai), dan tidak akan selalu lebih sulit daripada golongan kedua (awam). Golongan macam manapun yang akan dihadapi, masing-masingnya menghendaki cara yang mengandungi “kemudahan” dan “kesulitannya” sendiri.

Pokok persoalan bagi seseorang pembawa da’wah ialah bagaimana menentukan cara yang tepat dan efektif dalam menghadapi suatu golongan tertentu dalam suatu keadaan dan suasana yang tertentu. [Fiqhud Da’wah]

Kalimah yang baik

Di antara arahan-arahan Rasulullah s.a.w. ialah sabda-sabda Rasulullah s.a.w. berikut:
“Dan kalimah yang baik itu sedekah.” [Riwayat Bukhari]

“Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat hendaklah beliau mengatakan yang baik atau dia diam (sahaja).” [Hadis Muttafaq]

“Sesungguhnya hamba itu akan berkata-kata dengan perkataan yang beliau (sendiri) tidak jelas. Kerana perkataan itu beliau tergelincir ke dalam neraka yang lebih jauh (jaraknya dari jarak) antara timur dengan barat.” [Hadis Muttafaq]

“Seorang itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah, beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan seorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah. Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hingga pada hari beliau menemui Allah.” [Riwayat Malik dan Tarmizi]

Kiranya Rasulullah s.a.w. itu dianggap sebagai qudwah hasanah kepada semua manusia, maka para duatlah orang yang paling utama mengikut Rasulullah s.a.w. dari orang lain. Oleh itu para duat Islam hendaklah melihat bagaimanakah keadaan Baginda Rasulullah s.a.w.

Al-Kharaithi dan al-Hakim telah meriwayatkan dari ‘Amurah, bahawa ‘Amurah berkata: Aku bertanya kepada Aisyah radiallahu-anha bagaimanakah keadaan Rasulullah s.a.w. apabila beliau bersendirian dengan para isterinya? Aisyah berkata: “Dia seperti lelaki lain (juga) cuma dia adalah seorang yang paling pemurah dan paling lembut bila senyum dan ketawa.” Begitu disebutkan dalam al-Kanz, juzuk 4 halaman 47.

Al-Bazzar meriwayatkan dari Jabir radiallahu-anhu, Jabir berkata:

“Apabila Rasulullah s.a.w didatangi wahyu atau peringatan, saya pun berkata: “Pemberi amaran kepada kaum, mereka didatangi oleh azab.” Apabila keadaan itu hilang, saya lihat (Rasulullah s.a.w.) adalah orang yang paling manis mukanya, paling banyak tertawa dan paling baik manusia.”

At-Tabarani pula berkata: “Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling banyak tertawa dan paling baik hati.”
[Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah - Utz. Fathi Yakan]



edit post