Islam Kena Ikut Zaman Atau Zaman Kena Ikut Islam? (0)

7:38 AM by , under

Kalau dulu Tok Anjang pernah berbicara hal berkaitan keliru. Kali ini Tok anjang nak sambung sikit lagi. Orang kata sebagai nasi tambah. Perkara ini kadang kala kita tak terperasan disebabkan kita dah lali dengan ungkapan yang diutarakan. Seolah-olah kita dapat menerimanya kerana itulah penerimaan masyarakat semasa.Wal hal apa yang kita dengari itu sebenarnya bercanggah dengan apa yanng dituntut oleh agama.

Umpamanya kalau ada orang yang mengatakan "kita hendaklah menyesuaikan Islam dengan peredaran zaman." Di sini mungkin kita akan menafsirkan bahawa dalam zaman moden ini Islam perlu ditafsirkan sesuai dengan kehendak zaman ini. Islam yang turun lebih 1400 tahun dahulu sudah tentu berbeza dengan zaman sekarang. Lalu segala ajaran yang tak sesuai dengan zaman ini perlu ditinggalkan dan Islam kenalah disesuaikan denngan kehendak masyarakat moden hari ini. Penafsiran sedemikian seolah menggambarkann peredaran zaman memaksa Islam perlu diubahsuai supaya Islam dapat terus hidup ditengah-tengah kehendak dan selera masyarakat. Segala ajaran yang tak sesuai dengan selera dan nafsu masyarakat perlu dirubah dan digantikan nilai baru yang semua masyarakat dapat menerimanya. Contohnya dalam pergaulan seharian antara bukan muhram sama ada yang remaja atau dewasa.
Hari ini seolah-olah masyarakat menghalalkan perbuatan 'dating', pasangan yang belum berkahwin bebas bersosial atau mudah dibawa kemana-mana dengan izin ibubapa. Kerana alasannya itulah trend masakini.

Persoalannya sekarang mahukah suatu hari nanti masyarakat kita hidup sama seperti mana di barat hari ini. Sistem sosial mereka sudah berubah. Anak-anak sudah tidak hormat kepada ibubapa, hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan sehingga mempunyai anak sudah menjadi lumrah yang diterima pakai. Kehidupan homoseks dan lesbian sudah mendapat pengiktirafan pemerintah. Dan perkara ini sudah menjalar kepada masyarakat kita. Kesannya dimanifestasikan dengan berlakunya gejala sosial yang semakin membimbangkan. Buang bayi, bohsia, bohjan, seks rambang dan yang lainnya adalah antara rentetan peristiwa yang menggegar negara.

Jika dihitung banyak lagi contoh lain yang menunjukkan Islam kena hidup ditengah kehendak dan selera masyarakat.,Jika ada orang yang menentangnya lalu dicop sebagai extrimist atau pelampau atau orang yang ketinggalan zaman. Masyarakat akan memandang serong jika ada individu-individu yang cuba mengamalkan Islam sepenuhnya.

Bukankah Islam datang membawa rahmat kepada sekian alam. Islam sudah sempurna dan sesuai diamalkan dalam sebarang zaman. Sepatutnya Islam yang menentukan arah mana zaman akan pergi. Masyarakat kena ikut Islam, bukan Islam kena ikut kehendak masyarakat. Masyarakat boleh hidup biasa dalam sebarang zaman selagi segala bentuk amalan kehidupan mereka tak bercanggah dengan Islam.

Konsep halal dan haram, hak dan batil, dan amar makruf nahi mungkar menjadi panduan kehidupan manusia. Jika ada perkara-perkara baru dalam masyarakat yang tidak ada nas dalam Quran, di sana dibenarkan ijtihad. Itu pun ijtihad bukan mengikut hawa nafsu tetapi ijtihad yang dilakukan tidak lari dari roh dan semangat Islam itu sendiri. Sebab itulah Islam sesuai dengan sebarang zaman.
"Pada hari ini telah Akuu sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu." (al-Maidah: 3)



edit post

0 Reply to "Islam Kena Ikut Zaman Atau Zaman Kena Ikut Islam?"

Post a Comment