Adakah Malaysia sebuah negara yang melaksanakan peradaban dan pentadbiran mengikut perpekstif Islam.

Mengikut Artikel 11 Perlembagaan Malasia menyatakan ;

Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri. Sumber : wikipedia.org

Persoalannya, adakah pemimpin Kerajaan sedar mahupun tidak tentang pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Diruang ini, dinyatakan penyataan tugas yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin bagi sebuah Negara Islam yang dinyatakan oleh Imam Abu Yala al Fara.

1. Menjaga Agama melalui prinsip-prinsip yang disepakati oleh ulama terdahulu yang muktabar. sebarang keraguan terhadap prinsip utama tersebut perlu diperjelaskan dengan hujah-hujah yang jelas. Sebarang penyelewengan hendaklah dikekang walaupun terpaksa menggunakan undang-undang.

2. Melaksanakan Hukuman terhadap orang-orang yang bertelingkah dan menghentikan pertelingkahan mereka supaya tertegaknya keadilan.

3. Menjaga keselamatan kawasan yang dikuasai supaya rakyat berasa tenteram untuk hidup dan merasa selamat untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain.

4. Menegakkan hukuman HUDUD untuk mengelakan pencabulan terhadap hak-hak ALLAH masyarakat dan hak individu daripada kebinasaan dan kemusnahan.

5. Mengawal sebarang pemberontakan dengan persiapan yang jitu dan kekuatan yang hebat supaya tidak muncul permusuhan yang bertujuan untuk melakukan perkara yang dilarang mahupun melakukan perkarayang boleh menumpahkan darah rakyat sama ada Umat Islam atau bukan Islam.

6. JIHAD terhadap sesiapa yang memusuhi Islam walaupun dakwah telah dilakukan yang mana mereka tidak mahu memeluk agama Islam atau berdamai dengan umat Islam.

7. Menguruskan soal kewangan Islam seperti harta sedekah, zakat, cukai dan lain-lain.

8. Mengagihkan harta terhadap yang layak menerima.

9. Memastikan bahawa setiap individu yang dipikulkan tenggungjawab diberikan latihan secukup-cukupnya supaya mutu perkhidmatan mereka bertambah baik.

10. Terlibat secara langsung memerhatikan dan meneliti permasalahan perkara-perkara yang diurus olehnya dan tidak mempercayai secara seratus peratus laporan orang-orang bawahan kerana ditakuti terdapat laporan yang tidak tepat atau ia dikhianati.

Persoalan yang timbul disini, adakah pemimpin negara Malaysia sedar dan benar-benar menjadikan al-Quran dan Sunnah Baginda Muhammad sebagai panduan utama untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat mahupun negara. dalam keadaan wujudnya pelbagai tanggapan negatif yang ditimbulkan, mampukah pemimpin negara menangani isu nasional yang melibatkan bukan sahaja kestabilan politik, pembangunan sosioekonomi negara tetapi matlamt utama penyedaran rakyat tentang kepentingan syiar Islam dan akidah ummah.

Tanpa tampuk kepimpinan yang benar-benar mengaplikasikan tuntutan ALLAH SWT didalam Al Quran dan Rasul melalui kisah perjuangan dan Sunnah Beliau begitu juga dengan keperihatinan rakyat tidak kira Umat Islam atau Bukan Islam yang menjadukan akidah dan moraliti serta ditanamkan semangat patriotik didalam diri serta kepentingan Ilmu duniawi dan ukhrawi, mana mungkin Malaysia akan terus aman dan tenteram serta Malasyia diangakat sebagai sebuah Negara contoh yang benar-benar mengaplikasikan sumber Islam dalam pentadbiran negara ini.

Usman Al Affan
Setiausaha GMI UUM
Sesi 2009/2010
Universiti Utara Malaysia



edit post

0 Reply to "10 Nasihat Imam Abu Yala al Fara menegenai Pengurusan dan pentadbiran Islam"

Post a Comment