1000 mahasiswa UUM akan turun berhimpun hari ini!!! (0)

7:24 PM by , under

9 April 2009. Mesyuarat Majlis Tertinggi GMIUUM telas memutuskan secara rasmi seramai tidak kurang 1000 orang mahasiswa akan turun berhimpun esok (hari ini) sebagai tindakan memprotes tindakan pihak pengurusan UUM menghantar wakil ke program anjuran kelab Alumni UMNO PWTC pada 21 mac 2009 yang lalu.

Menurut Setiausaha Agung GMIUUM, "kami sudah dapat senarai lengkap mahasiswa yang telah berdaftar untuk berhimpun esok, rata-rata daripada pelbagai kaum dan persatuan mahasiswa yang bersetuju untuk bergabung mengadakan perhimpunan itu". Ulas beliau.

Beliau juga ditanya adakah mereka tidak takut dengan tindakan Unit Keselamatan UUM yang akan bertindak ke atas perhimpunan mereka itu, sambil ketawa kecil beliau menjawab "Sepatutnya pihak keselamatan yang perlu menjaga keselamatan mereka jika mereka membuat kacau dalam perhimpunan itu dan pihak UUM yang patut merasa takut dengan api neraka kerana menyalah gunakan kemudahan untuk kepentingan politik mereka". Ujar beliau.

Sementara itu Ketua Perhubungan GMIUUM menyatakan seluruh jentera Perhimpunan Aman itu sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal menjelang. "Mereka nak sembur air, pemedih mata? rasanya semangat kami tak pernah kalis dengan semua itu. Kita tunggu dan lihat sahajalah esok". Ulas beliau sambil tersenyum.

Dalam mesyuarat itu juga turut dihadiri wakil daripada 5 pergerakkan mahasiswa yang lain yang akan turut serta dalam perhimpunan aman esok (hari ini). Masing-masing pegerakkan mahasiswa itu terdiri daripada Melayu, Cina, India dan juga pelajar Antarabangsa yang akan turut serta bersama-sama berhimpun menentang 'double standard' yang berlaku itu.

editor



edit post

0 Reply to "1000 mahasiswa UUM akan turun berhimpun hari ini!!!"

Post a Comment