6 April 2009, Lajnah Informasi dan Penerbitan GMIUUM melaporkan kesudian 3 gerakan mahasiswa UUM untuk sama-sama mengadakan Perhimpunan Aman di PKP pada hari jumaat ini selepas solat jumaat. Gerakan-gerakan mahasiswa ini antara gerakan mahasiswa 'underground' yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa di UUM.
Gerakan-gerakan itu terdiri daripada gerakan mahasiswa Melayu, Cina dan India yang bersedia membantah apa sahaja bentuk kezaliman dan 'double standard' yang dilakukan oleh pihak universiti mahupun kerajaan. Menurut Ketua Perhubungan GMIUUM tak kurang daripada 300 pelajar daripada 3 gabungan ini akan turun berkumpul di PKP pada Jumaat ini dan setakat ini ahli-ahli GMIUUM yang telah berdaftar untuk perhimpunan pada jumaat ini telah mencecah angka 500 orang. "Maka jika semua ini berhimpun pada jumaat ini hampir 1000 orang akan memenuhi dataran PKP itu dan untuk berarak ke sekeliling kampus ini satu perkara yang menakjubkan yang akan berlaku pada hari berkenaan" Ulas beliau.
Manakala Setiausaha Agung GMIUUM menyatakan bahawa masih banyak gerakan mahasiswa ingin turut serta dalam perhimpunan aman itu dan mereka sangat di alu-alukan. "Kami menerima apa sahaja bentuk sokongan, malah kami turut menerima pihak UK UUM untuk berhimpun bersama jika En. Raju sudi benarkan". Ujar beliau sambil tertawa kecil.
Perhimpunan jumaat ini sebagai menunjuk ketidakpuasan hati terhadap pihak UUM yang menghantar rombongan sebanyak sebuah bas ke PWTC untuk anjuran sebuah parti politik yang mana rombongan ini terdiri daripada ahli MPPUUM sendiri dan beberapa isu lain lagi termasuk tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menghalang pengeluaran Suara KeAdilan dan Harakah selama 3 bulan pada 23 mac 2009 yang lalu. Sama-sama basmi kezaliman.
Takbir!!!!!



edit post

0 Reply to "3 Gerakan Mahasiswa lagi akan bergabung Untuk Perhimpunan Aman!!!"

Post a Comment